BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Thursday 5 April 2012

Macam tok ajak la, biar aku bercerita melalui post aku kali tok...

               Nama aku NAZRY BIN MAHMUD dan orang gelar aku AGGAY. Aku dilahirkan di Hospital Besar Bintulu pada 1 Jun 1983. Pada ingatan aku, hidup aku bermula dari YTD Garden, Bintulu. Masa ya, bapak aku masih kerja sebagai seorang kerani di Bank Bumiputera dan emak aku juak kerja sebagai seorang kerani di sebuah firma guaman masa ya yang di kenali John Antau. Aku sik seberapa ingat lagik tentang kehidupan masa aku kecik, tapi aku dah pandey berfikir tentang dunia yang dengan kepelikan masa ya. Biasala, masa lagik kecik. Then seingat aku, bapak aku adalah seorang usahawan. At last nya berjaya, berlakulah kisah permodenan hidup aku dari sia. Apa yang aku ingat adalah orang tua pernah madah “Mun kau maok carik perempuan yang baik untuk kau, carik lah di lubuk hati kau yang dalam ya.”

Dalam masa proses bapak aku yang tengah mengusahakan apa yang nya impikan ya, aku bersekolah di SRB St. Anthony, Bintulu. Aku sik ada lah nakal gilak dan sik ada lah pendiam gilak. Boleh tahan bak kata Udak aku, tapi aku bersifat agresif. Mampu  belajar apa jak yang orang ajar biar lambat atau cepat. Suka berfikir tentang khayalan duniawi. Dalam masa yang sama, aku pun belajar ngaji. Pertama kali aku ngaji, yalah aku memang susah nak faham dan susah nak tauk apa ya Muqqaddam. Sepertinya jahil aku tok bunyinya tek, tapi berkat kesabaran dan usaha bapak aku, semata-mata kerana nya nak aku kuat agama, nya buat semua ya.

Alhamdulillah, selepas beberapa kali di ajar oleh beberapa orang guru, akhirnya aku dapat juak memahami serba serbi setiap sebutan dan huruf jawi.

Dipendekkan cerita, bila aku dah membesar bak kata orang masuk pertengahan, aku sekolah di SMK Bintulu. Sebelum ya, aku dah khatam ngaji. Seawal darjah 4, sik silap aku pertama kali aku khatam Quran. Bukannya mudah untuk kita khatam Quran secara sah. Jangan dilangkah muka surat yang kita baca. Bahaya! Kedua kali ya lah aku banyak melangkah mukasurat Quran tanpa pengetahuan guru aku. Guru terakhir aku adalah guru kesayangan aku. Sebabnyalah aku belajar mengkhatam Quran sampey aku sanggup carik anak murid lagik untuknya sebab aku sayang dengannya. Masa datuk dan nenek aku balit dari mengerjakan haji di Mekah, aku diberi Quran yang dibelinya. Tapi, niat aku dengan Quran ya adalah untuk dihadiahkan kepada guru kesayangan aku. Memang ya niat aku.

Berbalik pada cerita kita tek, aku dah bersekolah menengah. Then aku terjumpa seorang perempuan yang baru masuk sekolah aku masa ya. Namanya ERMIE ZENTIE BINTI YUSUP. Mulanya, aku sik sangka perasaan masa bena-bena berlaku dan ahernya baruk aku tauk. Aku dah jumpa orang yang ada di lubuk hati aku. Setiap arie aku sentiasa memerhatinya. Biar apapun, tapi aku polah macam sik kisah. Namun sebaliknya nyawa aku dah dekat. Pernah aku nak nego nya, nak berkawan tapi lantang suara bila bercakap dengan kawan-kawannya. Aku sik berkesempatan nak nanyak dengannya boleh atau sik?

-bersambung-

0 luahan hati: